1.0 TAJUK PERMAINAN
"Penampas Sedas" merupakan permainan kategori jaring/dinding. Permainan ini diberi nama "Penampar Sedas" kerana menggunakan tapak tangan untuk menampar bola.
2.0 MATLAMAT PERMAINAN
Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.
Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jarring / dinding. Nama permainan ini ialah "Penampar Sedas". Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
3.0 OBJEKTIF PERMAINAN
3.1: Bidang Psikomotor
• Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan kecil kategori jaringan/ dinding.
• Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf, kelajuan, imbangan, kelenturan dan daya tahan secara maksimum.
• Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan Tahap Dua.
• Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini.
• Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.
3.2: Bidang Kognitif
• Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu.
• Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan permainan tersebut.
• Dapat membandingbeza permainan kecil yang dilakukan dengan permainan tradisional yang sebenar.
• Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yang dipilih.
3.3: Bidang Efektif
• Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan.
• Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya.
• Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.
• Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.
4.0 TARIKH
Amali permainan kanak-kanak ini dijalankan pada 4/10/2011.
5.0 JANGKA MASA
Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu set permainan ialah apabila pungutan mata mencapai 10 markah.
6.0 TEMPAT
Gimnasium IPG Kampus Perlis
7.0 KUMPULAN SASARAN
Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
8.0 BILANGAN PESERTA
Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang. Dalam setiap permainan memerlukan 2 kumpulan.
9.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
9.1 Jawatankuasa Kerja
PENSYARAH PENASIHAT Pn Norazelina binti Awang @ Man (Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
PENGERUSI Ashaari bin Selamat
NAIB PENGERUSI Fateen Amirah binti Ramli
SETIAUSAHA Fatimatuzahrah binti Zaudi
NAIB SETIAUSAHA Nur Anita Binti Hasnan
AJK PERALATAN Zalikha Asyran binti Akilul Nazar
|
9.2 Senarai Nama Peserta Dan Kumpulan
Kumpulan Boboy |
1. Amir Farid bin Khairuddin |
2. Mohd Faris bin Ismail |
3. Mohd Haziem bin Baseri |
4. Amir bin Razak |
5. Abu Mansur bin Mod Hanapiah |
Kumpulan Gegurl |
1. Fatimah binti Zainal Abidin |
2. Narermon Qetkeaw |
3. Farah Hani binti Che Rani |
4. Hafizati Husna binti Ibrahim |
5. Sheril Mieza Yushima binti Md Yusoff |
9.3 Senarai Semak Gerak Kerja